Skip to main
Logo Malaysiakini

Ungku Ismail mohon doakan Nad Zainal di ICU

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Keadaan Nad Zainal yang sedang dirawat di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat jangkitan paru-paru sejak 20 Nov lalu dilaporkan semakin kritikal.

Berita mengenai pelakon terbabit dikongsikan rakan artis, Ungku Ismail, melalui Instagram miliknya sebentar tadi.

Justeru dia memohon orang ramai mendoakan kesihatan Nad - atau nama penuhnya Farah Nadia Zainal Abidin - dan diberikan kesembuhan segera.

“Nad sekarang kritikal. Dia masih berada di unit rawatan rapi (ICU). Mohon doakan dia sembuh seperti sedia kala,” katanya.

Terdahulu, Nad, 32 terpaksa ditidurkan selepas dimasukkan ke ICU Hospital Pakar Ampang Puteri.

Nad pernah dijangkiti Co­vid-19 pada 13 Mac lalu, namun sebelum ini dia tidak mengalami sebarang gejala teruk.

Aktres itu juga pernah beberapa kali ke luar negara, termasuk ke Indonesia dan Thailand bagi penggambaran sebuah program travelog bersama Ungku Ismail.