Skip to main
Logo Malaysiakini

Pelakon Kirstie Alley meninggal dunia pada usia 71 tahun

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon Kirstie Alley yang terkenal dengan wataknya dalam siri televisyen Cheers, meninggal dunia pada usia 71 tahun.

"Kami sedih untuk memaklumkan kepada anda bahawa ibu kami telah meninggal dunia selepas bertarung dengan kanser.

"Seperti mana hebatnya beliau di skrin, beliau juga ibu dan nenek yang hebat,” kata anak-anaknya, True dan Lillie dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.

Alley pernah membintangi filem 1999 Drop Dead Gorgeous and the Look Who's Talking (1989), Look Who's Talking Too (1990) dan Look Who's Talking Now (1993) bersama pelakon John Travolta.

"Hubungan saya dan Kirstie sangat rapat. Saya sayangkan awak Kirstie...,” tulis Travolta di media sosial.

Alley berada di kemuncak kariernya selepas berlakon sebagai Rebecca Howe menerusi NBC's Cheers pada 1987.

Beliau pernah memenangi anugerah Golden Globe bagi pelakon terbaik dan anugerah Emmy untuk pelakon utama pada 1991.

Alley juga mengondol Emmy keduanya pada 1994 menerusi wataknya sebagai Sally Goodson dalam drama David's Mother.

“Kami berterima kasih atas kasih sayang dan doa anda dan berharap anda menghormati privasi kami pada masa yang sukar ini,” menurut kenyataan itu.

- Bernama