Skip to main
Logo Malaysiakini

Mechamato Movie kutip RM10 juta lepas 6 hari tayangan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Filem animasi Mechamato Movie berjaya mengutip RM10 juta selepas enam hari tayangan di pawagam seluruh negara.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Monsta, Nizam Abd Razak, kutipan itu dilihat suatu perkara yang menggalakkan ditambah pula pawagam seluruh negara terus dibanjiri ketika musim cuti sekolah.

Penulis dan penerbit animasi itu turut berkata sambutan tidak kurang juga datang daripada golongan remaja dan dewasa.

“Alhamdullilah, berkat sokongan rakyat Malaysia, filem ini berjaya mengutip RM10 juta dalam masa enam hari pertama tayangannya di pawagam seluruh negara.

“Terdapat kira-kira 150 buah pawagam yang menayangkan filem ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Naib Presiden, Ketua Astro Shaw dan Perniagaan Melayu Nusantara Raja Jastina Raja Arshad pula berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas baik berhubung filem yang sedang rancak ditayangkan di pawagam itu.

“Tayangan akan diteruskan lagi sepanjang cuti sekolah ini dan Mechamato akan muncul di pawagam terpilih seperti di lokasi-lokasi di Pahang, Terengganu dan Sabah pada hujung minggu ini,” katanya.

Menurutnya, saingan seterusnya mungkin agak sengit dengan kehadiran filem antarabangsa.

“Namun kami percaya dengan kualiti penghasilan, jalan cerita dan keunikan seni warisan dan budaya Malaysia, sudah pastinya Mechamato Movie mampu bersaing,” katanya.