Skip to main
Logo Malaysiakini

Billy Joel batalkan konsert pada saat akhir

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Ikon rock 'n' roll Billy Joel membatalkan persembahan yang sepatutnya berlangsung di Madison Square Garden, New York pada Isnin.

“Saya kecewa untuk berkongsi bahawa saya diarahkan doktor untuk berehat kerana jangkitan virus.

“Malangnya, konsert yang sepatutnya berlangsung pada 19 Disember di Madison Square Garden ditangguhkan sehingga Jun,” lapor United Press International (UPI) memetik kenyataan artis berusia 73 tahun itu menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

“Saya memohon maaf kerana memberitahu anda di saat akhir menjelang persembahan, kerana saya berharap dapat pulih sepenuhnya tepat pada waktu persembahan. Malangnya, itu tidak berlaku.”

Joel baru-baru ini mengumumkan bahawa dia dan Stevie Nicks akan mengetuai satu siri rancangan, bermula pada 10 Mac hingga September membabitkan beberapa tempat di Los Angeles dan singgah di Nashville, Philadelphia dan bandar-bandar lain.

- Bernama