Skip to main
Logo Malaysiakini

Aksi tular Aliff dalam kelab malam hanya lakonan - Ahmad Shahidan

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Selepas tular video klip memaparkan Aliff Aziz dalam sebuah kelab malam, pelakon Ahmad Shahidan tampil membersihkan nama penyanyi dan pelakon itu.

Kata Ahmad Shahidan, dia dan Aliff sebenarnya terbabit dalam satu rakaman drama terbaru berjudul, Ku Akad Kau Dengan Bismillah.

“Tak pasal-pasal dia kena fitnah,” katanya.

Sebagai bukti, Ahmad Shahidan memuat naik beberapa video dan imej dia bersama Aliff yang berada di lokasi penggambaran tersebut.

Terdahulu, tular video berdurasi satu minit memaparkan lelaki mirip Aliff dalam sebuah kelab sedang berseronok sambil ditemani seorang wanita.

Difahamkan, wanita itu adalah seorang pelakon tambahan manakala lokasi penggambaran adalah di Setapak, Kuala Lumpur bermula dari jam 8 malam hingga 4 pagi.

Ahmad Shahidan merupakan antara pelakon yang turut membintangi drama tersebut selain Aliff dan Sophia AlBarakbah.

Sementara itu, Aliff mengaku pada sebuah portal hiburan, video tular tersebut dianggap sebagai teguran Tuhan atas kesilapan pernah dilakukannya sebelum ini.