Fahmi ucap tahniah kepada Michelle Yeoh
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada aktres Michelle Yeoh susulan meraih anugerah Pelakon Wanita Terbaik dalam filem muzikal atau komedi di Golden Globes atas lakonannya dalam ‘Everything Everywhere All At Once’.
“Pencapaian yang menakjubkan, dan memang wajar diraihnya. Satu penghormatan untuk negara,” katanya pada ciapan di Twitter hari ini.
Yeoh, 60 tahun merupakan bintang kelahiran Ipoh yang mencipta sejarah pada Selasa selepas menjadi pemenang anugerah Golden Globe pertama Malaysia.
Michelle bersaing dengan Lesley Manville (Mrs Harris Goes to Paris), Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).
Majalah Time tahun lalu menobatkan Yeoh sebagai Ikon Tahun 2022.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai