Skip to main
Logo Malaysiakini

Hazami dilantik sebagai ketua pengarah DBP

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bekas pengarah Jabatan Dasar dan Penyelidikan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Hazami Jahari dilantik sebagai ketua pengarah menggantikan Abang Sallehuddin Abang Shokeran berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan itu diumumkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam majlis yang berlangsung di Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya.

Hazami, 55, merupakan pemegang ijazah doktor falsafah kesusasteraan dari Universiti Sains Malaysia dan mula berkhidmat bersama DBP sejak 1992.

Majalah Dewan Masyarakat melaporkan DBP meletakkan sepenuh keyakinan atas kepimpinan Hazami dalam usaha memacu dan memeprkasakan hala tuju DBP seiring dengan imejnya sebagai badan autoriti yang memartabatkan bahasa Melayu selaras dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.

Untuk rekod, Abang Sallehuddin sebelum ini menerajui agensi itu sejak Jan 2019.