Skip to main
Logo Malaysiakini

Pelakon Laverne & Shirley meninggal dunia

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon veteran Cindy Williams yang terkenal dengan watak Shirley dalam siri komedi televisyen Happy Days dan Laverne & Shirley, meninggal dunia pada usia 75 tahun.

Kematian Cindy diumumkan di laman sesawang rasminya, lapor United Press International (UPI) hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan jurucakap keluarganya, Liza Cranis, Cindy meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles pada 25 Jan selepas menghidap penyakit.

"Pemergian ibu kami yang baik hati dan lucu, Cindy Williams telah membawa kesedihan yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata,” kata kedua-dua anaknya, Zak dan Emily Hudson menerusi kenyataan itu.

Cindy dilahirkan di Van Nuys, California dan dia mula menceburkan diri dalam bidang lakonan ketika di sekolah menengah.

Dia menempa nama dalam sitkom Laverne & Shirley dari 1976 hingga 1983, dan menjadi antara rancangan paling popular di TV ketika itu.

CIndy juga pernah membintangi filem American Graffiti arahan George Lucas pada 1973 dan The Conversation arahan Francis Ford Coppola pada 1974.

- Bernama