Skip to main
Logo Malaysiakini

Rafidah berang nada sumbang perkauman mengenai konsert AR Rahman

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Tidak ada tempat di negara ini bagi mereka yang mempesendakan sesuatu kaum atau kumpulan, kata bekas menteri Rafidah Aziz.

Pada nota yang sama, katanya, tidak ada ruang buat mereka yang "perasaan atau membuat andaian bahawa darjat mereka lebih lebih tinggi daripada orang lain".

“Kita mesti memahami kepelbagaian kita, hormati dan terimanya serta menerima kepelbagaian global manusia,” katanya kepada Malaysiakini.

Rafidah Aziz

“Seorang ‘influencer’ sepatutnya untuk kebaikan, keharmonian dan perpaduan. Bukan untuk mencetuskan rasa tidak hormat dan perasaan benci. Ia mengejutkan.

"Begitu juga dengannya (pemain hoki negara) ... Tiada ruang untuk unsur-unsur perkauman dalam masyarakat Malaysia kita," tambahnya.

Rafidah mengulas mengenai hantaran kontroversi oleh “influencer” media sosial yang dikenali sebagai Amyra, dan pemain hoki negara Hanis Nadiah Onn.

Komen mereka berkaitan konsert “AR Rahman: Secret of Success Live in Malaysia 2023” di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.

Konsert itu turut menampilkan penyanyi tersohor, Siti Nurhaliza yang berduet bersama AR Rahman menerusi lagu Tamil klasik berjudul Munbe Vaa. Ia juga dihadiri Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan isterinya Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Amyra yang turut hadir pada konsert itukemudiannya memuatnaik sebuah hantaran berserta kapsyen ringkas di Insta Story bahawa dia berasa “pening mendengar lagu keling” dan mahukan lagu “nutsey”.

Susulan bidasan wanga maya, “influencer” dengan 118,000 pengikut itu, meminta maaf dan mendakwa bahawa dia "tidak berniat untuk menyakiti perasaan orang lain, terutamanya kawan-kawan yang berbangsa India".

Hanis Nadiah Onn

Sebaliknya, Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berkata mereka akan menjalankan siasatan berhubung komen Hanis Nadiah.

Menyedari komennya itu telah mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan netizen, Hanis Nadiah memohon maaf dan berkata, sepanjang penglibatannya selama 10 tahun dalam sukan hoki, persekitarannya dipenuhi dengan rakan-rakan berbilang kaum yang sentiasa berjuang untuk negara Malaysia.