Angelina Jolie rayu derma untuk Turkiye, Syria
Pelakon Hollywood yang juga aktivis hak asasi manusia Angelina Jolie pada Sabtu merayu agar derma disalurkan kepada Turkiye dan Syria selepas gempa bumi dahsyat mengorbankan ribuan nyawa awal minggu ini.
“Hati saya tertuju kepada rakyat Syria dan Turkiye. Sukar merasai kesakitan yang tidak dapat dibayangkan dengan begitu banyak keluarga menderita ketika ini,” menurut catatannya di Instagram, lapor Agensi Anadolu.
Pelakon itu berkata beliau menderma dan berharap "orang lain turut berbuat demikian," untuk membolehkan pasukan penyelamat "meneruskan kerja menyelamat mangsa gempa bumi."
Angelina turut berkongsi imej dari zon gempa bumi kedua-dua negara serta pautan derma.
Gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter itu menjejaskan lebih 13 juta orang di 10 wilayah termasuk Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa.
Beberapa negara di rantau ini, termasuk Syria dan Lubnan turut merasa gegaran kuat yang melanda Türkiye dalam tempoh kurang 10 jam.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai