Skip to main
Logo Malaysiakini

Raquel Welch meninggal dunia

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon Amerika Syarikat Raquel Welch meninggal dunia pada usia 82 tahun, umum pihak pengurusan aktres itu, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa). 

Raquel Welch atau nama sebenar Jo Raquel Tejada dilahirkan pada 1940 di Chicago dan mula menceburi kerjaya seni pada tahun 1966 menerusi filem "One Million Years B.C."

Aktres itu pernah berlakon bersama aktor hebat Hollywood termasuk James Stewart, Frank Sinatra, John Huston dan Burt Reynolds

Bakatnya dalam filem komedi mendapat pengiktirafan apabila memenangi Golden Globe bagi Pelakon Komedi Terbaik menerusi "The Three Musketeers."

- Bernama