Skip to main
Logo Malaysiakini

Kamil Othman pengerusi baru Finas

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Bekas CEO Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Kamil Othman dilantik sebagai pengerusi baru badan tersebut.

Pelantikan Kamil diumumkan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Facebooknya, hari ini.

"Tahniah buat Kamil atas lantikan sebagai pengerusi Finas yang baru. Kamil tidak asing dalam industri, pernah menjawat tugas CEO Finas.

"Minggu hadapan saya atur pertemuan untuk bincang beberapa perkara termasuk hala tuju Finas, serta meneliti dapatan dan teguran laporan Ketua Audit Negara untuk penambahbaikan dan pembetulan.

"Insya-Allah pengerusi skim wajib tayang finas akan dilantik secepat mungkin," katanya dalam hantaran itu.

Selain CEO, Kamil juga pernah menjadi pengarah Finas dari 2014 hingga 2016.

Dia menggantikan Senator Zurainah Musa yang ditamatkan perkhidmatan lebih awal iaitu pada Disember lalu, susulan pertukaran kerajaan.

Ketika sidang media di Parlimen semalam, Fahmi memaklumkan dia telah menandatangani surat pelantikan pengerusi Finas dan akan mengumumkannya dalam masa terdekat.