Skip to main
Logo Malaysiakini

BCL dinasihatkan usah ‘khianati’ arwah suami

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Kemunculan penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari, di sebuah kelab malam dengan pakaian mencolok mata mengundang polemik antara pengikutnya di media sosial.

Melalui hantaran dikongsikan Bunga Citra Lestari atau BCL, pakaian isteri allahyarham Ashraf Sinclair itu dilihat mendedahkan sebahagian daripada lurah payudaranya.

Bukan setakat itu, penyanyi Mengapa Harus Terjadi itu turut menyanyi sambil dihimpit oleh ramai lelaki.

Kecewa dengan keadaan itu, segelintir peminat mengingatkan BCL, 39, mengenai perbuatannya yang boleh ditafsirkan sebagai mengkhianati arwah suaminya.

Seorang netizen berkata, lelaki harus membuat keputusan terbaik sebelum memilih pasangan.

“Terseksa (roh) suami, kasihan. Kalian (kamu) yang lelaki berhati-hatilah pilih pasangan jenis macam ini,” katanya.

Seorang lagi netizen memetik lagu Rabbani, Pergi Tak Kembali yang liriknya menyebut mengenai pahala yang dikirimkan.

“Sekujur badan berselimut putih, rebah bersemadi sendiri. 
Mengharap kasih anak dan isteri, apa mungkin pahala dikirim (amalan di dunia).
Terbaring sempit seluas pusara.
Soal bicara terus bermula.”

Segelintir yang lain pula berkata: “Kasihan pada roh suaminya.”

BCL dan Ashraf mendirikan rumah tangga pada 2008, hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan.

Ashraf meninggal dunia pada Februari 2020 semasa tidur dipercayai akibat serangan jantung.

Bagaimanapun, ruang komen BCL turut dihujani dengan komen pengikut-pengikut yang masih menyokong karier penyanyi itu hingga kini.

Seorang netizen berkata, yang memegang penyanyi Kecewa itu adalah adiknya sendiri, iaitu Alam Persada.

“Maksudnya dia memegang untuk melindungi, bukan asal pegang,” katanya.

Dan ada juga yang berkata, BCL dan pakaian seksi sudah sebati selain ini bukan kali pertama penyanyi itu memenuhi undangan di kelab malam bersama rakan-rakan artis.

“Dari dulu juga begitu, ke mana saja anda selama ini? Dari sebelum Ashraf meninggal dunia memang begitu malah bersama suami menghadiri majlis persendirian bersama rakan artis,” katanya.