Skip to main
Logo Malaysiakini

Pencapaian Michelle Yeoh harumkan nama Malaysia, kata PM

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Michelle Yeoh atas kejayaan merangkul trofi pelakon wanita terbaik pada Anugerah Academy (Oscar) ke-95 hari ini.

Anwar menyifatkan pencapaian pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu sebagai mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

Michelle merupakan pelakon berdarah Asia yang pertama memenangi anugerah berprestij itu. Dia melakar kejayaan tersebut melalui filem Everything Everywhere All at Once.

"Besar harapan saya agar pencapaian ini terus memberi inspirasi kepada semua penggiat seni dan perfileman tempatan.

"Tahniah dan syabas daripada seluruh rakyat Malaysia!" katanya menerusi hantaran di laman Twitter hari ini.

Michelle, 60, menewaskan empat pencabar lain bagi kategori tersebut iaitu Cate Blanchett (Tár), Ana de Armas (Blonde), Andrea Riseborough (To Leslie) dan Michelle William (The Fabelmans).

Sejak mula membintangi filem Hong Kong pada 1990-an, bekas ratu cantik itu telah berlakon dalam pelbagai filem termasuk Tomorrow Never Dies (1997) yang menerima pujian antarabangsa, serta Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000) yang membawanya kepada pencalonan British Academy Film Awards (Bafta).

Pada Jan lalu Micheel muncul sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi pada Anugerah Golden Globe di Los Angeles melalui filem yang sama.

- Bernama