Coolio mati akibat 'overdose' dadah
Penyanyi rap terkenal Coolio disahkan meninggal dunia akibat pengambilan dadah jenis fentanyl berlebihan, kata pengurusnya, Jarez Posey.
Reuters melaporkan, hal itu dikongsikan Posey enam bulan selepas artis itu ditemui mati di dalam bilik air rumah rakannya di Los Angeles, tahun lalu.
Mendiang berusia 59 tahun ketika kejadian.
Menurut Pasey sebelum ini, Coolio pergi ke rumah kawannya sebelum masuk ke tandas untuk membuang air.
Bagaimanapun, penyanyi itu tidak muncul selepas agak lama berada dalam tandas.
Rakannya itu kemudian menemui Coolio terbaring tidak sedarkan diri di atas lantai.
Coolio mula aktif dalam muzik pada 1980-an, tetapi mengukuhkan kedudukannya dalam sejarah hip hop selepas merakam Gangsta's Paradise pada 1995.
Pemilik nama sebenar Leon Ivey Jr itu memenangi Anugerah Grammy melalui Gangsta’s Paradise yang menjadi runut bunyi filem pecah panggung berjudul Dangerous Minds yang dibintangi aktres popular, Michelle Pfeiffer.
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai