Skip to main
Logo Malaysiakini

‘Ratu air mata’ dedah hanya ditawar RM200 untuk sebuah telefilem 

Artikel ini sudah 2 tahun diterbitkan

Pelakon Wan Maimunah yang terkenal dengan julukan ‘ratu air mata’ menyelarkan sebilangan besar syarikat produksi yang didakwanya memberikan bayaran terlalu rendah.

Dia mendedahkan pernah ditawar hanya RM200 bagi menjayakan sebuah telefilem.

Perkara itu, katanya, membuatkan dia lebih rela berlaku filem pendek “budak-budak baru yang jujur dan berterus-terang dengan bajet yang mereka ada”, lapor Utusan.

“Kadang-kadang syarikat produksi lama ini bagi alasan stesen televisyen pilih pelakon dan kononnya penonton tak nak tonton lagi artis-artis lama.

“Sudahlah, saya sudah cukup penat dengan isu ini,” pelakon 65 tahun itu dipetik sebagai berkata.

Pelakon dengan pengalaman lebih 50 tahun itu bagaimanapun berkata masalah itu sudah lama berlaku.

“Benda ini sudah lama berlaku, puluhan tahun masalah sama berulang. 

“Selalunya bukan salah syarikat produksi tetapi pengurus produksi yang ‘mencaras’ soal bayaran.

“Telefilem itu tahun lepas sehingga menyebabkan saya bukan setakat kecewa, tetapi hati ini sudah hancur luluh. “Ibarat kaca sudah pecah, bila dicantumkan retaknya masih kelihatan,” katanya.