Skip to main
Logo Malaysiakini

Dituduh curi beg Gucci, bekas suami cabar Nikita Mirzani lapor polis Jerman

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pelakon kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani saling berbalas komen dengan bekas suaminya di media sosial susulan pemuda asal Jerman itu dituduh membawa lari sejumlah barang berharga termasuk tas jenama mewah, Gucci miliknya.

Nikita menuduh Antonio Dedola atau lebih mesra disapa Toni itu sebagai pencuri.

Bagaimanapun Toni menafikan segala tuduhan Nikita malah mencadangkan agar bekas isterinya itu membuat laporan polis berhubung berhubung tuduhannya itu, jika dia ada keberanian untuk berbuat demikian.

“Sila laporkan saya pada polis. Saya ‘takut’ sekarang, kamu tak mahu mendengar kebenarannya dan kamu tak ingin orang tahu tentang sifat buruk kamu.

“Jadi, kamu dipersilakan datang ke Jerman. Saya bakal melaporkan kamu di Jerman dengan ancaman kekerasan rumah tangga,” katanya di media sosial.

Kisah Nikita, 37, dan Toni mengundang perhatian apabila pelakon yang dicop pelacur itu membongkar perihal peribadinya di media sosial.

Toni dan Nikita

Melalui video yang dimuat naik itu, pelakon Lihat Boleh, Pegang Jangan itu menjelaskan dia bernikah dengan Toni pada 22 Jan lalu.

Bagaimanapun, pernikahan secara rahsia itu tidak bertahan lama apabila Toni dikatakan melarikan diri dari rumah kerana mereka sering bertengkar akibat pemuda itu tidak suka dengan kritikan netizen terhadap hubungan mereka.

Toni mendakwa beg termasuk perhiasan lain yang dilarikan itu adalah pemberian hadiah daripada Nikita.

Nikita juga baru-baru ini mengakui menampar, melempar gelas serta membaling seterika pada Toni gara-gara sakit hati terhadap kata-katanya.

Untuk rekod, Nikita pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun kesemuanya tidak bertahan lama.