Skip to main
Logo Malaysiakini

Tenri Anisa nafi berasmara, kongsi bilik hotel dengan Virgoun

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Wanita yang dituduh menjadi orang ketiga dalam krisis rumah tangga Virgoun dan isterinya, Inara Idol Rusli, menafikan dakwaan dia menyewa hotel untuk bermalam dengan penyanyi Indonesia itu.

Tenri Anisa atau nama penuhnya Austina Tenri Ajeng Anisa malah menafikan dia pernah berasmara dengan Virgoun walaupun Inara membongkar kandungan mesej suaminya dengan seseorang berkaitan menyewa hotel.

“Tidak ada hubungan badan antara saya dengan Virgoun. Saya dituduh berkongsi bilik (hotel). Saya tak pernah berkongsi kamar dengan mana-mana lelaki,” katanya dipetik detikhot.

Tenri Anisa, 23, juga mengambil tindakan mahkamah terhadap Inara gara-gara tuduhan yang dibuat ke atas dirinya.

Terdahulu, Virgoun mengaku curang dan bersalah kerana mencari jalan penyelesaian kepada konflik rumah tangganya di luar.

Inara dalam satu kenyataan juga mendakwa Virgoun sudah lama tidak pulang ke rumah sejak isu itu timbul beberapa minggu lalu.

Virgoun dan Inara mendirikan rumah tanga pada 2014. Hasil perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan tiga anak iaitu Starla Rhea Idola, Faithlee As-Sya'ir, dan Terang Sharique.

Sementara itu, peguam mewakili Tenri, Milano Lubis, menggesa Inara dan penyanyi Surat Cinta Untuk Starla itu tampil membersihkan nama anak guamnya serta membuat permohonan maaf atas tuduhan yang didakwanya mengelirukan umum.

“Klien kami adalah mangsa dalam fakta harus diperbetulkan.

"Kami memberi tempoh hingga 24 jam, jika tidak kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang ke atas Virgoun dan isteri,” katanya.