Skip to main
Logo Malaysiakini

Yuna kongsi kisah tulis lagu bersama Billie Eilish

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Penyanyi Yuna berkongsi kisah yang dia pernah berkolaborasi bersama penerima tujuh anugerah Grammy, Billie Eilish sebelum ini.

Katanya, dia pernah bertemu dengan penyanyi berusia 21 tahun itu dan mencipta lagu bersama-sama.

“Kami berjumpa dan menulis lagu tetapi malangnya lagu tersebut tidak diterbitkan," katanya dalam temu bual bersama stesen radio Fly FM yang disiarkan di Tik Tok.

Menceritakan lebih lanjut kisahnya dengan penyanyi itu, Yuna berkata dia pernah terlepas pandang kiriman mesej yang dihantar Billie di Twitter pada 2016.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, berkata ketika itu dia telah mula mengikuti kerjaya Billie selepas mendengar single keduanya, Ocean Eyes.

Katanya lagi, ketika itu dia sibuk dengan persembahan di festival muzik Camp Flog Gnaw anjuran Tyler the Creator dan tidak memeriksa mesej di akaun Twitternya.

Dia hanya menyedari mesej Billie kepadanya dua tahun kemudian.

“Hai, saya adalah peminat tegar, saya seorang penyanyi berusia 14 tahun.

“Saya mendengar Lullabies dan saya sangat menyukainya, boleh saya jumpa anda di belakang pentas?” kata Yuna berkongsi mesej yang dihantar Billie kepadanya.

Terkilan kerana terlepas pandang mesej itu, Yuna berkata selepas itu dia menghubungi Billie dan mereka kemudiannya bertemu.

@flyfm Still can’t brain that Billie Eilish was @yunamusic ♬ original sound - Fly FM Malaysia