Skip to main
Logo Malaysiakini

James Chai penerima pertama Dana Fan Yew Teng 

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Penulis dan penyelidik James Chai terpilih sebagai penerima pertama Dana Fan Yew Teng Untuk Penulisan Bebas.

Dia yang juga felo pelawat di Institut ISEAS-Yusof Ishak, Singapura bakal menerima geran sebanyak RM5,000 untuk membantu penyelidikannya bertajuk “Modern Sang Kancil Story: How Ordinary Malaysians Defied the Odds”.

Hakim jemputan dana itu Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh berkata karya Chai membawa semula harapan dan keyakinan terhadap kekuatan rakyat biasa untuk mencabar kuasa.

“Metafora yang diberikan Chai dalam tulisan berkenaan iaitu sang kancil, haiwan kecil dengan akal yang besar dapat mengalahkan musuh yang sangat besar.

Mendiang Fan Yew Teng

“Beliau memasuki buku ini melalui beberapa orang Malaysia yang menundukkan kerakusan dan akhirnya berjaya.

"Beliau menggunakan beberapa orang watak dalam kalangan masyarakat Malaysia berbilang bangsa, melawan kuasa yang bertakhta di atas mereka," katanya.

Dana Fan Yew Teng menyediakan bantuan kepada penulis terpilih untuk menyiapkan karya penulisan mereka dengan bantuan RM5,000.

Dana ini juga menggalakkan penulis menghasilkan karya sastera yang meraikan semangat kebebasan, daya cipta dan kebebasan berfikir serta bersuara.

Dana itu hanya memilih seorang sahaja bagi setiap tahun.

Ia dimulakan bagi memperingati semangat kebebasan mendiang Fan Yew Teng yang juga seorang penulis yang percaya bahawa tulisan mampu memberi suara kepada kemanusian.

Fan terkenal sebagai aktivis hak asasi manusia, pendidik, penggiat kesatuan sekerja, ahli politik serta penulis.