Skip to main
Logo Malaysiakini

David Teo akui 'tercabar' semasa berurusan dengan Che Ta

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Mendakwa dirinya penerbit bebas skandal, David Teo bagaimanapun mengaku perasaannya pernah tergugat dek kecantikan Rozita Che Wan.

Kata penerbit itu, walaupun pernah digoda wanita lain dan dia mampu menguruskan perasaan, Rozita - atau mesra disapa Che Ta - tetap ‘berjaya’ menggugat hatinya.

“Sepanjang karier sebagai penerbit dalam industri, saya tak pernah walau sekalipun digosip ada skandal dengan mana-mana wanita atau aktres.

“Memang godaan itu ada, tapi berjaya ditepis. Cuma Rozita Che Wan ini satu-satunya pelakon wanita yang paling mencabar nafsu saya.

You tahu mata dia, itu bulu mata sangat menggoda, muka dia memang cantik maa,” katanya.

Sambil berseloroh, pelakon I’m Not Single itu berkata, bagi mengekang gelora perasaan yang dialaminya, David cuba untuk mengelak daripada bertentang mata dengan Rozita.

“Saya hanya mampu pandang bucu meja, bukan muka dia. Kecantikan Che Ta tak boleh dinafikan.

“Saya tak berani tengok bulu matanya,” katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya bersama MIG di Petaling Jaya baru-baru ini.

Bagaimanapun, David, 58, berkata Rozita memang profesional tidak pernah cuba menggodanya.

Kata David, mereka pernah duduk semeja kerana Che Ta pernah berlakon dalam filem terbitannya suatu ketika dulu.

“Jangan salah faham, Rozita tak goda saya tapi dia berlakon dalam filem saya sebanyak 17 babak.

“Apa saya cuba katakan ini adalah saya tak berani pandang wajah dia kerana takut nanti terlalu mudah saya ikut permintaanya berhubung soal tawaran kerja... itu saja,” katanya.