Skip to main
Logo Malaysiakini

Filem seram tempatan Tiger Stripes menang di Cannes Critics Week

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Amanda Nell Eu mencipta sejarah sebagai pengarah Malaysia dan Asia Tenggara pertama memenangi hadiah utama di Semaine de la Critique (Cannes Critics’ Week) yang merupakan acara sampingan sempena anugerah berprestij dunia, Festival Filem Cannes.

Dia membawa pulang wang tunai €10,000 (RM49,622).

Tiger Stripes adalah filem sulung arahan Nell Eu. Tayangan perdananya diadakan pada festival itu minggu lalu dan mendapat pujian ramai.

Filem itu mengisarkan tentang perjalanan seorang gadis berusia 12 tahun yang diberi nama Zaffan. Zaffan yang mengalami kesulitan berdepan akil baligh dan kemudian bergelut dengan perubahan fizikal dirinya.

Zaffan dipulaukan oleh masyarakat kerana dianggap pelik. Selepas membuat keputusan untuk melawan rasa takut dan menerima semua keanehan tentang dirinya, Zaffan mula berubah dan muncul sebagai seorang wanita yang kuat.

Filem ini mengetengahkan tiga bakat baharu iaitu Zafreen Zairizal, Deena Ezral dan Piqa. Selain itu, Shaheizy Sam, Jun Lojong dan Fatimah Abu Bakar adalah antara barisan nama besar yang turut membintangi filem itu.

[Baca berita penuh]