Mahkamah India halang Al Jazeera tayang filem keganasan terhadap Islam
Mahkamah di negeri Uttar Pradesh di India menghalang penayangan filem Al Jazeera bertajuk "India.…Who lit the Fuse?", yang menangani isu keganasan anti-Islam di negara itu.
Panel hakim di Mahkamah Tinggi Allahabad pada Rabu mengarahkan kerajaan India dan Kementerian Penerangan dan Penyiaran mengambil langkah untuk memastikan filem dalam bahasa Arab itu tidak disiarkan melainkan kandungannya diteliti oleh pihak berkuasa, lapor media tempatan.
Perintah mahkamah itu menyusuli petisyen yang difailkan oleh seorang aktivis tempatan yang berhujah bahawa dokumentari itu boleh mewujudkan keretakan kaum di negara itu.
"Filem itu secara negatif menggambarkan fungsi politik Negara India dengan memperlihat mereka bertindak memudaratkan kepentingan minoriti," kata peguam bagi pempetisyen kepada mahkamah, menurut laporan Hindustan Times.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai