Skip to main
Logo Malaysiakini

Remy Ishak dah jadi bapa

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pasangan Remy Ishak dan isterinya selamat menimang cahaya mata sulung mereka pdaa jam 11.17 pagi tadi di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Remi memaklumkan, Ezza Yusof dan bayi mereka masing-masing berada dalam keadaan sihat.

“Assalamualaikum, alhamdulillah… isteri saya Ezza Yusof selamat melahirkan bayi yang sangat comel pada pukul 11.17 pagi.

“Keadaan isteri dan anak saya berada dalam keadaan sihat dan baik,” katanya melalui Insta Story hari ini.

Pada hantaran sama, Remy atau nama penuhnya Mohammad Zalimei Ishak mengucapkan syukur serta berterima kasih ke atas doa-doa peminat.

“Terima kasih di atas kiriman doa dan ucapan tahniah,” katanya.

Remy, 41, mengesahkan isterinya hamil lima bulan sekitar Mac lalu sekali gus menamatkan spekulasi berhubung perkara itu.

Pelakon Anak Halal itu berkata, dia tidak berniat untuk merahsiakan kandungan isteri malah mendedahkan sudah memilih nama anak sebelum mereka berkahwin.

Remy mendirikan rumah tangga dengan Ezza pada 21 Ogos 2021.