Skip to main
Logo Malaysiakini

Polis sahkan kematian Sinead O'Connor tiada kaitan jenayah

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dikaitkan dalam  kematian penyanyi Irish, Sinead O’Connor susulan penemuan mayatnya pada 26 Julai lalu.

Penyanyi dan aktivis Ireland, yang terkenal dengan lagu Nothing Compares 2 U itu ditemui di rumahnya di Herne Hill, Selatan London.

Polis berkata Sinead “tidak bertindak balas” dan “mati di tempat kejadian.”

Mahkamah Koroner Selatan London berkata, kematian penyanyi itu juga bukan disebabkan oleh punca perubatan justeru, bedah siasat akan dijalankan.

“Proses itu mungkin mengambil masa hingga beberapa minggu dan keputusan jika inkues diperlukan akan diputuskan kemudiani,” katanya seperti dipetik BBC.

Terdahulu, keluarga Sinead yang mengumumkan berita kematiannya menyatakan mereka mengalami satu kehilangan yang besar.

Sinead akan diingati kerana pelbagai kenyataannya yang  dianggap berunsur politik termasuk pada 1992 apabila dia mengoyakkan gambar Pope John Paul II sewaktu bersiaran langsung di rancangan televisyen Saturday Night Live.

Ia satu protes dilakukan terhadap penderaan seksual membabitkan gereja Roman Katolik 

Ramai dalam kalangan rakan-rakan selebriti termasuk penyanyi Annie Lennox memberikan penghormatan terakhir buat pemenang Anugerah Brit dan Grammy itu.

Annie menyifatkan Sinead seorang yang garang tetapi rapuh, impulsif, berani, cantik serta memiliki suara yang luar biasa.

“Semoga malaikat memimpin kamu dalam pelukan lembut mereka,” katanya.