Skip to main
Logo Malaysiakini

Imej bayi tular bukan Abdullah Abbas - Neelofa

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pengacara dan usahawan popular, Neelofa hari ini tampil menafikan wajah bayi yang dimuat naik melalui Insta Story miliknya - hingga viral - adalah anak keduanya yang bernama Abdullah Abbas.

Neelofa, berharap agar semua pihak tidak salah faham kerana bayi berkenaan adalah sebahagian daripada rangka promosi untuk produknya.

“Ini bukan bayi Abbas… Jangan salah faham guys,” katanya.

Neelofa, 34, bersuara gara-gara ramai yang menyangka bayi itu adalah Abdullah Abbas.

Pantulan cermin

Terdahulu, tular di media sosial wajah seorang bayi melalui pantulan cermin sewaktu sesi fotografi dijalankan.

Neelofa sebelum ini pernah memuat naik imej Abdullah Abbas namun dalam posisi meniarap serta tidak menampakkan keseluruhan wajah bayi itu.

Untuk rekod, Neelofa melahirkan Abdullah Abbas pada 11 Julai lalu.

Dia dan Muhammad Harris Mohd Ismail atau lebih dikenali PU Riz berkahwin pada 27 Mac 2021.

Rumah tangga mereka sebelum itu diserikan dengan kelahiran anak sulung, Muhammad Bilal yang kini berusia 2 tahun.

Neelofa sebelum ini pernah menyatakan keputusan untuk mendedahkan wajah Muhammad Bilal hanya pada waktu bersesuaian.

Namun, hajatnya itu tidak kesampaian apabila ada individu menularkan foto anaknya tanpa kebenaran.