Skip to main
Logo Malaysiakini

Penerbit filem susulan Mat Kilau belum sempat teliti laporan

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Penerbit filem susulan (sequel) Mat Kilau berkata, dia belum sempat meneliti laporan media mengenai dakwaan pengarah filem berkenaan digugurkan.

Pemilik syarikat Studio Kembara, Abdul Rahman Mat Dali, berkata ketika ini dia dihimpit rutin harian sehingga berdepan kekangan mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai dakwaan tersebut.

“Saya tak baca lagi. Sedang padat dengan jadual,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media tempatan melaporkan, pengarah filem susulan Mat Kilau, Areel Abu Bakar, mendakwa dia diketepikan tanpa sebarang alasan walaupun naskhah tersebut sudah disiapkan kira-kira 90 peratus.

Dakwa Areel, filem berjudul Pendekar Awang itu adalah kesinambungan kepada Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan didakwanya sedang melalui proses suntingan.

Katanya, dia berasa kecewa kerana sudah memberikan yang terbaik untuk tugasnya sebagai pengarah sekuel itu.

Pada masa sama, dia mendakwa pihak produksi ada memanggilnya untuk bersemuka dan ditemani seorang peguam.

“Memang kecewa sebab saya sudah letak sepenuh hati untuk menghasilkan filem ini.

“Saya bukan tarik diri, tapi status sebagai pengarah (sekarang) tergantung,” katanya.