Skip to main
Logo Malaysiakini

Sabri Yunus tamatkan zaman duda, pilih 'Lucy' sebagai teman hidup

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pengarah popular Sabri Yunus yang pernah terkenal dengan jolokan Wan Ismail Golok menamatkan zaman dudanya dengan memilih Angeline Tan sebagai teman hidup yang baru.

Majlis akad nikah Sabri dan pasangannya itu disempurnakan Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin.

Mohd Asri turut menyiarkan secara langsung di Facebooknya majlis akad nikah pasangan berkenaan yang berlangsung hari ini.

Angeline memilih nama Ardini sebagai nama Islamnya.

Majlis akad nikah diserikan dengan kehadiran keluarga terdekat termasuk anak Sabri.

Pasangan Sabri dan Angeline sebelum ini pernah bergandingan dalam sitkom Pi Pi Mai Tang Tu yang sangat popular di TV3 sekitar era 90-an.

Dalam pada itu, pelakon dan juga penyampai radio Issey Fazlisham dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini mengucapkan tahniah kepada kedua-dua mempelai.

"Selamat pengantin baru abang Sabri Yunus dan kak Ardini/ Angeline Tan.

"Alhamdulillah. Kami sangat gembira. Semoga cinta Wan Ismail Golok dan Lucy kekal sampai ke syurga. Pi Mai Pi Mai Tang tu," katanya.

Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada Sabri mahupun Angeline.