Skip to main
Logo Malaysiakini

Anak Noniswara menangis lihat kereta hangus terbakar

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

“Ketika bomba sampai, kereta dah hangus terbakar,” luah pelakon baru, Erysha Emyra yang berdepan detik cemas apabila keretanya musnah dijilat api semalam.

Kata Erysha, kejadian berlaku sewaktu dia dalam perjalanan ke tempat kerja.

“Insiden yang begitu trauma berlaku kepada saya semasa dalam perjalanan ke tempat kerja hari ini (semalam),” tulisnya di IG Story.

Anak kepada pelakon Noniswara itu bersyukur kerana dia sempat keluar menyelamatkan diri ketika kejadian.

Malah dia juga bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Alhamdulillah saya selamat dan berada dalam keadaan baik. Saya dapat keluar dari kereta tepat pada masanya, cuma panik sepanjang perjalanan,” katanya.

Bagaimanapun, Erysha bersedih kerana kereta Mini Cooper biru pemberian bapanya itu tidak sempat diselamatkan.

Erysha juga tidak dapat menahan air mata apabila terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada kereta kesayangan yang hangus 100 peratus.

“Ia tak dapat diselamatkan. Selamat tinggal kepada rakan biru saya. Terima kasih atas jasa anda selama ini,” katanya.