Skip to main
Logo Malaysiakini

Tia Jinbara meninggal dunia

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Penyanyi Tia Jinbara meninggal dunia di Hospital Shah Alam, jam 9.17 malam hari ini.

Berita dukacita itu disahkan oleh isterinya, Suzan Ahmad.

"Ya betul, suami meninggal dunia sebentar tadi kerana penyakit kanser hati.

"Bagaimanapun saya tak boleh bercerita lanjut kerana sedang menguruskan jenazah suami," katanya dipetik BH Online.

Tia atau nama penuhnya Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, disahkan menghidap kanser hati selepas mengadu sakit perut pada Rabu lalu.

Semalam, isterinya yang juga bekas wartawan BH melancarkan tabung bagi mengutip derma untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Medanta, New Delhi, India.

Namun, hasrat itu kini tidak kesampaian.

Tia mendirikan rumah tangga dengan Suzan pada 14 tahun lalu, namun pasangan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Tia bersama kumpulan Jinbara terkenal dengan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) dan pernah menyertai Gegar Vaganza musim keempat.