Skip to main
Logo Malaysiakini

Diugut culik anak, Nabila Huda balas sinikal

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Pelakon terkenal, Nabila Huda, secara sinis meminta pandangan di platform X supaya membantu memberikan respons terbaik apabila seorang individu mengugut untuk menculik anak perempuannya.

“Boleh sesiapa tolong balaskan?” ujarnya.

Ugutan dibuat melalui X itu dipercayai daripada rakyat luar yang tidak berpuas hati terhadap Nabila yang didakwanya sebagai pencuri budaya negara berkenaan.

Kata individu terbabit sekiranya, Nabila, 38, tidak menghentikan tindakannya dia akan menyasarkan Kheisya Laila sebagai balasan.

“Nabila Huda adalah pencuri nombor satu budaya Indonesia!

“Saya akan culik anak awak kalau awak masih claim tentang budaya Indonesia,” ciap individu berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah maksud individu terbabit mengenai dakwaan budaya Indonesia yang telah dicuri Nabila dengan jelas setakat ini.

Akaun individu itu juga tidak dapat diakses kerana ia diletakkan dalam mod privasi dipercayai bagi mengelak serangan peminat aktres popular berkenaan.

Menjengah ke ruang komen, segelintir pengguna alam maya menyarankan supaya Nabila membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut demi keselamatan diri dan keluarganya.

“Dah buat laporan polis? Dah ugut nak culik anak ini bukan main-main walaupun dia jauh nun di sana. Bab anak jangan main-main,” kata seorang netizen.

Segelintir pengikut Nabila yang lain pula turut mengecam individu terbabit buta sejarah memandangkan asimilasi budaya memang terjadi di negara-negara nusantara.