Skip to main
Logo Malaysiakini

Bingbing kunjungi Sultan Ibrahim

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap bintang ternama dunia perfileman China Fan Bingbing.

Selebriti itu membuat kunjungan hormat tersebut sempena kehadirannya pada Festival Filem Antarabangsa Singapura ke-34.

Royal Press Office pada satu kenyataan berkata kunjungan itu dikendalikan pengurus antarabangsa pelakon itu Jersey Chong, yang juga anak kelahian Johor.

“Sebagai anak Johor, saya amat berbangga kerana sultan saya akan menjadi Yang di-Pertuan Agong seterusnya.

"Kami menulis secara rasmi kepada Istana Johor untuk bertanyakan sama ada Bingbing boleh menghadap Seri Paduka Baginda.

"Kami sangat teruja apabila menerima jawapan balas bahawa Tuanku Sultan telah berkenan mengadap Bingbing,” kata Chong kepada Royal Press Office.

Bintang filem itu ditemani ibunya, Zhang Chuanmei, yang juga seorang ahli perniagaan serta adik Bingbing, Fan Chengcheng, juga seorang penyanyi pop dan pelakon terkenal di China.

Bingbing, yang mempunyai 63 juta pengikut di Weibo dan 4.1 juta pengikut Instagram, sering disebut-sebut sebagai wajah budaya China global.

Filem lakonan Bingbing mencapai box-office melangkaui filem China, termasuk filem adiwira Hollywood X-Men: Days of Future Past, serta filem Perancis dan Korea.

Pada tahun 2017, majalah Time memaparkan potretnya di muka depan.

Dia juga menjadi satu-satunya pelakon Asia yang dipilih Times 100 Globally Most Influential People.