Skip to main
Logo Malaysiakini

Pahang mahu bina memorial untuk kartun Jepun

Artikel ini sudah setahun diterbitkan

Kerajaan Pahang merancang membina memorial peringatan kepada watak anime Jepun Kento Nanami  yang tidak disangka-sangka menarik perhatian dunia terhadap pantai-pantai di Kuantan.

Exco pelancongan Leong Yu Man berkata usaha itu untuk menarik orang ramai, khususnya peminat anime melawat Kuantan yang juga ibu negeri Pahang.

Dalam episod 42 Jujutsu Kaisen, ahli sihir Kento Nanami sebelum meninggal dunia meluahkan hasrat untuk membina rumah dan menghabiskan masa dengan membaca buku di Kuantan.

Siri pertama komik Jujutsu Kaisen

Tahun lalu, Kuantan sudah mula menarik minat pelancong selepas ia mula-mula disiarkan dalam komik.

Bagaimanapun ia menjadi semakin popular apabila animenya pula muncul, sehingga membuatkan ada pihak menanda “Kento Nanami Memorial” di Google Maps.

Tempat ditandakan itu berdekatan Pantai Kempadang. Ia bagaimanapun telah dibuang.

Sementara itu, Leong memberitahu Malaysiakini bahawa kerajaan Pahang dalam proses menghubungi pelukis manga itu Gege Akutami, melalui kedutaan Jepun, bagi mendapatkan restunya.

“Oleh kerana Kuantan ada banyak pantai, kita harap dapat restu dan cadangan pantai mana.

“Jjadi kita boleh buat sesuatu,” katanya yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Triang.

Teluk Cempedak, salah satu pantai di Kuantan

Katanya, kerajaan negeri tidak menjalankan projek itu terlebih dahulu kerana bimbang tersalah pilih tempat yang dimaksudkan oleh Akutami.

[Baca berita asal]