Skip to main
Logo Malaysiakini

Syafie Naswip sah bergelar suami Nur Afiqah

Artikel ini sudah 10 bulan diterbitkan

Pelakon Syafie Naswip sah bergelar suami kepada Nur Afiqah Ishak dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan diadakan sekitar jam 11.04 pagi hari ini di Dewan Wilqadry, Putrajaya.

Majlis akad nikah itu disiarkan secara langsung (Live) melalui akaun Instagram milik pelakon berkenaan.

Syafie atau nama penuhnya Muhammad Syafie Naswip, 31, dinikahkan sendiri oleh bapa kandung kepada pengantin perempuan dengan mas kahwin sebanyak RM300.

Pelakon filem Mukhsin itu kemudian membaca taklik selepas selesai majlis akad tersebut.

Kedua-dua mempelai yang mengenakan persalinan baju Melayu dan kurung putih mengukir semyuman tanda syukur selepas sah bergelar suami isteri.

Menjengah ke ruangan komen dalam siaran secara langsung yang ditonton lebih daripada 1,500 pengikut Instagram, ramai peminat dan rakan artis pelakon itu meninggalkan ucapan tahniah atas pernikahannya dengan Nur Atiqah.

“Tahniah Ayie, Alhamdulillah,” ujar pelakon Uqasha Senrose.

“Tahniah dan Alhamdulillah, semoga mahligai dibina hingga ke jannah,” tulis seorang netizen.