Skip to main
Logo Malaysiakini

Jika masih mau menipu, jangan guna nama saya - Baim Wong

Artikel ini sudah 9 bulan diterbitkan

Pelakon Indonesia Baim Wong semakin berang apabila kegiatan sindiket penipuan hadiah menggunakan namanya masih aktif menjerat mangsa meskipun sudah memasuki tahun baru.

Justeru, seakan-akan lelah dengan senario yang berpanjangan itu, Baim Wong menitipkan pesanan buat scammer.

“Selamat Tahun Baru. Rutin setiap tahun. Jangan menipu. Jika masih mahu menipu jangan gunakan nama saya,” ujarnya di media sosial.

Sebelum ini, 10 individu dicekup kerana disyaki melakukan penipuan menggunakan nama Baim.

Mereka yang terdiri daripada lulusan sekolah rendah dan menengah menawarkan 'hadiah' berupa wang tunai. Mangsa sasaran diperdaya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Pelakon filem Dilema itu turut mengiringi hantarannya dengan memuat naik klip video seorang wanita yang cuba diperdaya scammer.

Scammer terbabit meletakkan gambar Baim dengan isteri, Paula Verhoeven, sebagai imej profil. Selain itu, individu itu juga menggunakan nama aktor terbabit pada nombor telefon yang digunakan.

Bagaimanapun, wanita terbabit yang terlebih dulu menyedari bahawa nombor berkenaan digunakan scammer sempat memaki pelaku pada akhir perbualannya.

Baim, 42, turut meminta mereka yang menjadi mangsa penipuan untuk tampil bagi memudahkan urusan membuat laporan kepada pihak polis.

“Yang pernah kena tipu, ke kantor 'tiger wong' bawa buktinya. Saya boleh bantu untuk laporkan kepada polis,” katanya.