Festival Filem Iran Malaysia 2024 tayang 6 filem terbaik Iran
Sebanyak enam filem terbaik Iran akan ditayangkan sempena Festival Filem Iran Malaysia 2024 dari 29 Feb hingga 10 Mac ini.
Enam filem terbaik itu ialah Henas, The Painting Pool, Track 143, Bodyguard, No Prior Appointment dan Today.
Dalam satu kenyataan, Pusat Kebudayaan Iran berkata festival tahun ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi hubungan budaya antara Iran dan Malaysia dengan mempromosikan filem, seni dan budaya Iran.
“Festival Filem Iran 2024 meneruskan kejayaan edisi 2018 yang menarik minat dan menerima maklum balas positif daripada orang ramai. Festival 2018 menyaksikan lebih 2,800 pengunjung dan kadar pengisian tempat duduk sebanyak 87 peratus.
"Edisi 2024 menjanjikan pengalaman yang lebih mengasyikkan dan menarik untuk peminat filem Malaysia," kata penganjur itu.
Sementara itu, semua tayangan filem adalah percuma dengan orang ramai boleh mendapatkan tiket secara dalam talian bermula dari tengah hari pada 22 Feb berdasarkan siapa cepat dia dapat.
Tiket juga boleh ditebus di kaunter tiket pawagam GSC yang mengambil bahagian iaitu Mid Valley, IOI City Mall Putrajaya dan Gurney Plaza Pulau Pinang.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai