Skip to main
Logo Malaysiakini

Norreen Iman nafi tukar imej untuk jual tudung

Artikel ini sudah 7 bulan diterbitkan

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman menafikan dia mula menukar imej baru-baru ini dengan menutup aurat kerana mahu menjalankan perniagaan menjual tudung.

Katanya, dia tidak menolak kemungkinan ada segelintir pihak melemparkan tuduhan sedemikian kerana mereka tidak percaya dengan perubahan mendadak dilakukanya itu.

“Saya tidak boleh tutup mulut orang. Norreen being good or bad, orang akan tetap mengata.

“Saya pakai tudung pun bergaduh (tak pandai), takkanlah nak jual tudung pula lambertt (lambat), tapi terpulanglah.

“Saya hanya mahu tumpukan kepada banyak perkara positif,” katanya.

Menurut Norreen, 30, selepas berhijab, dia cuba memperbaiki dirinya sedikit demi sedikit terutama dari segi ucapannya kepada umum.

Katanya, disebabkan perubahan itu juga berlaku tanpa paksaan sesiapa justeru ia tidak sukar untuk dia mengubah pertuturannya.

“Norreen masih orang yang sama seperti dulu cuma sebelum kerjakan umrah saya dah mula perlahankan atau ubah mana yang tidak perlu seperti kata-kata kesat.

“Kalau ada pun perkataan masih terlepas cakap, mungkin ia manja-manja saja,” jawabnya berseloroh.

Mengulas penerimaan pengikut di media sosial, Norreen berkata, dia menerima banyak respons positif mengenai penampilan terbarunya itu.

Menurutnya, mereka yang memuji juga pernah melalui pengalaman sama sepertinya malah berharap dia terus kekal istiqomah menutup aurat.

“Rupa-rupanya ramai yang terinspirasi, ramai juga yang mula cari sejadah lepas tengok perubahan saya.

“Mereka gembira kerana seorang Norreen yang kasar bersemangat untuk istiqomah,” katanya.