Skip to main
Logo Malaysiakini

Westlife janji persembahan tetap bertenaga walau hanya bertiga

Artikel ini sudah 6 bulan diterbitkan

Meskipun hadir tanpa Mark Feehily, kumpulan pop Westlife tetap menjanjikan persembahan bertenaga untuk semua peminat mereka melalui Konsert Westlife The Hits Tour 2024 Jun depan.

Konsert yang bakal diadakan di Arena of Stars, Genting Highland itu hanya menampilkan tiga anggota kumpulan itu, Kian Egan, Nicky Byrne dan Shane Filan.

Antara lagu hits yang akan didendangkan ketika konsert itu seperti Uptown Girl, My Love, Swear It Again dan Flying Without Wings.

Untuk rekod, Mark tidak dapar hadir atas faktor masalah kesihatan.

Westlife yang ditubuhkan pada 1998, berjaya melakar nama sebagai kumpulan lelaki era 2000-an yang menjadi perhatian di seluruh dunia dengan lagu-lagu hits dan persembahan yang memukau.

Antara lagu dendangan Westlife yang menjadi siulan ramai dan masih diminati hingga kini seperti Uptown Girl, My Love, Swear It Again, Flying Without Wings , World of Our Own, Hello My Love.

Westlife berjaya menjual lebih 55 juta unit album, memperoleh 36 album No. 1, mengumpul lebih daripada 3 bilion aliran global, melepasi 1 bilion tontonan YouTube dan menjual lebih 5.5 juta tiket konsert di seluruh dunia.

Mereka pernah menerima pelbagai anugerah termasuk satu World Music Award, dua Brit Awards, empat MTV Awards dan empat Record of the Year Awards.

Konsert Westlife The Hits Tour 2024 dianjurkan MMIC Entertaiment Group dengan kerjasama JS Concert Production.

Tiket konsert akan mula dijual pada 26 April ini, jam 12 tengah hari di laman web MMIC.