Skip to main
Logo Malaysiakini

Nonny tutup ruang komen, lepas aksi buka baju cukur kepala

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Selepas lama menyepi dari radar industri, pelakon dan penyanyi sensasi, Nonny Nadirah muncul memaparkan aksi mengundang perhatian pengguna alam maya malam tadi.

Dalam satu klip video dikongsikan di media sosial, Nonny merakam dirinya membuka baju dan dipercayai hanya memakai pakaian dalam untuk mencukur kepalanya hingga botak.

Tindakan sedemikian mungkin bukanlah satu perkara yang mengejutkan lagi buat Nonny yang juga bekas peserta program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim kelima kepada peminatnya.

Hal itu kerana hantaran dengan kapsyen twinnies berkenaan hingga kini sudah mendapat lebih daripada 6,000 tanda suka.

Bagaimanapun, Nonny, 34, menutup ruangan komen hantaran tersebut malah tidak dapat dipastikan tujuan perkongsian tersebut bagi memenuhi tuntutan projek baru ataupun akibat masalah peribadi.

Artis asal Sabah terbabit pernah mendakwa dia mengalami tekanan perasaan selain menjadi mangsa buatan orang yang dikenali.

Bahkan katanya, tindakannya ‘membuang’ tudung juga dikaitkan dengan gangguan sihir itu.

Walaupun Nonny berkata dia makin pulih selepas merawatnya sejak tiga tahun lalu, pelakon drama Lara Terindah itu mendakwa wajahnya pernah menjadi senget gara-gara menjadi mangsa perbuatan terkutuk itu.

Sebelum itu, Nonny yang bertudung pernah dituduh mencari perhatian selepas berturut-turut berkongsi imej seksi termasuk memaparkan imejnya berkemban dalam tong air pada 2021.