Skip to main
Logo Malaysiakini

Dr Jezamine fail cerai terhadap Harith Iskander

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Isteri pelawak terkenal, Harith Iskander iaitu Dr Jezamine Lim mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan bulan lalu.

Katanya, sebutan kes penceraian itu bakal disebut di mahkamah tidak lama lagi.

“Ya, saya sudah failkan. Perbicaraan pada 15 Julai di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur,” katanya melalui aplikasi What’sApp kepada Malaysiakini hari ini.

Bagaimanapun, Jezamine, 41, tidak mengulas lanjut berhubung punca menjadi keretakan rumah tangga mereka.

Harith dan Jezamine mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2010. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Zander Xayne, 14, Alessandra Jayne, 11, dan Zydane Zayne, 9.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi Harith bagi maklum balas tidak berjaya.