Skip to main
Logo Malaysiakini

PM bincang industri muzik dengan AR Rahman

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Perdana Menteri Anwar Ibrahim bertemu dengan penyanyi dan komposer legenda dari India, AR Rahman di Bangunan Parlimen, hari ini.

Anwar berkata dalam pertemuan tersebut pelbagai isu dibincangkan dengan penyanyi terkenal yang bakal mengadakan konsertnya di Malaysia pada 27 Julai ini.

"Perbincangan kami seputar industri seni dan muzik tempatan dan antarabangsa.

“Saudara AR Rahman turut berkongsi dia kini sedang meneroka muzik ala sufi, selain kami bersama menekuni isu-isu lain membabitkan aspek digital dan Kecerdasan Buatan (AI)," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pertemuan kira-kira 40 minit itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), R Ramanan, Pengarah Star Planet, R Rajendran dan Pengarah Urusan Star Planet Alan Foo.

Konsert AR Rahman Live in Kuala Lumpur itu dipersembahkan bersama oleh Thamarai Jewels dan SRM International Real Estate LLC serta dianjurkan oleh Star Planet.