Skip to main
Logo Malaysiakini

Pelakon pukul kekasih: Polis dapat perintah siasat dari DPP

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memperoleh Perintah Untuk Menyiasat daripada Timbalan Pendakwa Raya bagi merakam percakapan seorang pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata pegawai penyiasat telah menghubungi pelakon terbabit termasuk melalui aplikasi WhatsApp namun tidak berjawab dan dibalas.

Beliau berkata pihaknya juga sedang menunggu laporan perubatan mangsa.

“Setakat ini kakak mangsa telah dipanggil untuk dirakamkan keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahad lepas, seorang wanita mendakwa dipukul selepas dia dihubungi teman lelakinya berusia 37 tahun untuk berjumpa sebelum berlaku perselisihan faham pada 3 pagi.

Pelakon terbabit dipercayai memarahi mangsa dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

- Bernama