Skip to main
Logo Malaysiakini

Berambus - pesan Britney Spears pada keluarga Osbourne

Artikel ini sudah 3 bulan diterbitkan

Mungkin tiada sesiapa yang berniat untuk memalukan Britney Spears namun bintang pop itu mempunyai pesanan ingin disampaikan kepada Ozzy Osbourne selepas vokalis band heavy metal Black Sabbath itu membuat kenyataan mengenai video tariannya.

Britney dalam satu kenyataan yang panjang berjela secara sinikal membandingkan situasi buli dialami dirinya dengan Kate Beckinsale.

“Ironinya, dalam dunia kita diami, betapa kejamnya manusia dan kita perlu berhati-hati siapa yang kita benarkan berada di sekeliling dan mendekati hati kita.

“Saya sedar betapa banyak manusia kejam berkata-kata di Instagramnya mengenai bagaimana dia harus mempunyai kandungan yang lebih sesuai.

“Saya akan mengadakan sesi rakaman bergambar dengan Kate dan beritahu keluarga Osbourne bahawa mereka adalah keluarga paling membosankan yang diketahui oleh manusia sejagat dan mereka boleh berambus,” katanya

Terdahulu, nama Britney disebut-sebut dalam episod terbaru The Osbournes Podcast apabila Ozzy berkata, dia bosan melihat penyanyi yang sudah berusia itu asik terkinja-kina menari di media sosial.

“Kamu tahu, ia menyedihkan. Sangat, sangat menyedihkan,” katanya.

Isterinya Sharon serta anak-anak mereka iaitu Kelly dan Jack senada dengan kata-kata Ozzy.

Britney turut menafikan dakwaan keluarga Osbourne mengenai tariannya itu.

“Saya jarang menari dan kedua, saya tidak miskin.

“Bagi pendapat saya yang lebih mudah difahami ialah, kesihatan dan kekayaan tidak bergantung semata-mata pada wang di dalam bank akaun anda - dengan saya mempunyai wang yang banyak - tapi ia bergantung kepada usaha dan kepentingan saya sendiri.

“Saya mengajar tarian minggu lalu kepada beberapa kumpulan remaja, kebanyakan mereka terlalu kurus dan ada segelintir yang gemuk, jadi saya faham bagaimana dihakimi namun saya fikir adalah penting untuk kita bantu sesama sendiri dan mengajak orang ramai untuk perkara yang boleh membantu jiwa kita berkembang,” katanya.