Skip to main
Logo Malaysiakini

Sarah Suhairi kini isteri pensyarah UTM

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Penyanyi Sarah Suhairi sah bergelar isteri kepada pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) iaitu Aswad Anuar pada 8.30 pagi hari ini.

Pasangan itu dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan, Ahmad Khaliq Md Rasiq.

Sarah dalam hantarannya di media sosial berkongsi berita gembira itu buat peminat.

“Bersyukur ke hadrat ilahi di hari yang penuh barakah ini, sukacita Sarah ingin mengumumkan kami telah pun selamat diijab kabul sebagai suami isteri yang sah.

“Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur,” katanya.

Sarah, 23, juga mengucapkan penghargaan buat keluarga yang selalu berdiri di belakangnya selama ini.

“Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah, dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua.

“Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama Sarah, tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya hubungan kita sehingga ke hari ini.

“Untuk keluarga baru Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan. Sarah sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian,” katanya.

Aswad, 39, merupakan seorang pensyarah dalam bidang equestrian.

Majlis pernikahan pasangan itu diadakan di Barern Hill, Hulu Langat, Selangor.

Pengantin lelaki menyerahkan seutas gelang emas berharga RM2,486 sebagai mas kahwin berserta lima dulang hantaran manakala wang hantaran pula dirahsiakan.

Sarah yang terkenal dengan lagu Sah itu pula menyerahkan tujuh dulang hantaran kepada pihak lelaki.

Pada majlis pernikahan itu Sarah juga meluncurkan single terbaru berjudul With You yang turut menampilkan Aswad dalam muzik videonya.