Skip to main
Logo Malaysiakini

Suami BCL dakwa diperas ugut bekas isteri RM5.6 juta

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Suami kepada penyanyi dan pelakon Bunga Citra Lestari (BCL), Tiko Pradipta Aryawardhana mendakwa dirinya diperas ugut bekas isteri sebanyak Rp20 miliar (RM5.6 juta) bagi menghentikan kes penyelewengan wang syarikat sebanyak Rp6,9 miliar (RM1.9 juta) ke atasnya sebelum ini.

Peguam mewakili Tiko, Irfan Aghasar berkata, wang terbabit diminta beberapa kali baik secara lisan mahupun melalui teks pesanan ringkas WhatsApp.

Menurut Irfan lagi, Arina Winarto didakwa meminta wang tersebut daripada anak guamnya itu sekiranya dia mahu kes dakwaan menggelapkan wang syarikat terhadapnya dihentikan.

“Sewaktu perbicaraan berlangsung, terdapat dakwaan tuntutan dan peras ugut dibuat oleh Arina kepada Tiko. Arina meminta sejumlah wang yang melebihi nilai dia dituduh, RM5.6 juta.

“Katanya: itu kalau kamu tidak mahu kes diteruskan, ya bayar RM5.6 juta. Hal itu berlaku sebelum perbicaraan, sebelum disampaikan secara lisan ya.

“Terus selepas diselidik, satu bulan selepas itu,” katanya dipetik media tempatan.

Arina melaporkan kes terbabit pada 2022 selepas dia dan Tiko bercerai setahun sebelum itu.

Kes itu sampai ke peringkat siasatan selepas Tiko dan BCL melangsungkan pernikahan pada Dis tahun lalu.

Setakat ini, Tiko sudah dua kali disoal siasat berhubung kes penggelapan wang syarikat berjumlah hampir RM2 juta itu. Soal siasat akan disambung kali ketiga esok.

Tambah Irfan, pihaknya sudah melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis.

Katanya, dia juga akan memulakan tindakan undang-undang berhubung dakwaan peras ugut terbabit.

“Kami akan meneliti tindakan undang-undang yang sewajarnya,” katanya