Skip to main
Logo Malaysiakini

Squid Game musim kedua mulai 26 Disember ini

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Drama survival Squid Game musim kedua akan ditayangkan mulai 26 Dis, manakala musim ketiga dijangka dilancarkan tahun depan, menurut Netflix pada Khamis.

Musim pertama Squid Game menjadi fenomena global dengan mencatat jumlah tontonan tertinggi dalam sejarah platform tersebut, lapor agensi berita Yonhap.

Sutradaranya, Hwang Dong-hyuk, memenangi anugerah pengarah terbaik bagi ketgori drama bersiri di Anugerah Emmy, manakala pelakon Lee Jung-jae menerima anugerah pelakon utama terbaik.

Musim kedua menampilkan pelakon dari musim pertama yang digandingkan dengan pelakon baru termasuk Im Si-wan, Kang Ha-neul, Lee Jin-uk dan Choi Seung-hyun.

"Saya sangat teruja melihat benih yang ditanam ketika menghasilkan Squid Game berkembang dan berbuah sehingga akhir cerita.

"Kami akan melakukan yang terbaik untuk memastikan anda mendapat pengalaman yang penuh mendebarkan.

"Saya harap anda teruja dengan apa yang akan datang. Terima kasih dan jumpa lagi, semua,” kata Hwang menerusi sepucuk surat kepada penonton yang dikongsi Netflix.

- Bernama