Skip to main
Logo Malaysiakini

Penantian Syahrini berakhir indah, selamat lahirkan bayi sulung

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Penyanyi terkenal Indonesia, Syahrini selamat melahirkan anak sulung selepas lima tahun bernikah dengan usahawan, Reino Barrack.

Tambah manis, penyanyi Semua Karena Cinta itu berkongsi tarikh lahir, iaitu 1 Ogos dengan anak yang masih dirahsiakan wajahnya.

“Terima kasih Ya Rabb, bertambahnya usia tahun ini bertepatan dengan kelahiran buah hati kami.

“Penantian yang berpenghujung indah. Pencapaian dari kesabaran dan bakal tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu semata-mata atas reda dan izin-Mu.

“Terima kasih untuk suamiku yang luar biasa memanjakan dan sentiasa sedia mendampingi. Welcome to fatherhood, imam terbaik,” katanya malam tadi.

Syahrini atau nama penuhnya Fatimah Syahrini Zaelani mengumumkan sudah melahirkan bayi berkenaan yang jantinanya dibayangkan perempuan, berdasarkan warna merah jambu pada gambar yang dikongsikan di Instagram.

Syahrini dan Reino bernikah di Jepun pada Februari 2019.

Pada Mei lalu, Syahrini berkongsi imej sedang berbadan dua sekali gus mengesahkan spekulasi dia sedang hamil.

Ketika itu, usia kehamilannya sudah memasuki tujuh bulan.

“Bismillahirahmannirrahim, kami membuat satu permintaan dan kini ia termakbul,” katanya ketika itu.