Skip to main
Logo Malaysiakini

Abang Aufahanie gagal dikesan lepas joging

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Penyanyi Aufahanie memohon orang ramai untuk mendoakan abangnya yang hilang sejak malam tadi pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Melalui kronologi dimuatnaik Aufahannie di Instagram, penyanyi itu memaklumkan Nidza Afham keluar untuk berjoging selepas menaiki kenderaan e-hailing yang menjemputnya di rumah kira-kira jam 7.54 malam tadi.

“Saya dan keluarga perlu bantuan semua untuk kongsikan perkara ini. Abang saya Nidza Afham hilang selepas jogging di Stadium Klang.

“Baju dipakai semasa jogging adalah jersi berwarna hitam atau biru gelap dengan nama Apam, 56 di belakang baju,” katanya.

Bagaimanapun, mesej diberikan kepada abangnya itu tidak berbalas bermula jam 9.13 malam. Kali terakhir, Nidza Afham memberikan respons kepada mesej adalah pada jam 9.04 malam.

Pada hantaran tersebut, Aufahanie turut memuat naik bacaan fitness tracker (alat digunakan berolahraga) pada telefon bimbit Nidza Afham yang dipercayai telah melengkapkan 3 kilometer lariannya malam tadi.

Menurut kronologi tersebut, pihak keluarga pergi ke kawasan jambatan Sungai Klang dan menjumpai dompet serta telefon milik Nidza Afham.

“Keluarga pergi ke jambatan baru dan cari Afham dan telefon bimbitnya. Ada dua lelaki tolong pusing untuk cari di sekitar jambatan.

“Lepas sampai di jambatan belum buka, dua lelaki terbabit menemui telefon bimbit dan dompet milik Afham namun kad debit dan wang tunai hilang,” katanya.