Madonna sambut ulang tahun di Pompeii, sumbang projek teater belia
Ikon pop Amerika Syarikat (AS) Madonna menyatakan bahawa beliau akan menanggung kos projek teater untuk belia dan kanak-kanak dari Pompeii selama setahun semasa lawatan beliau ke kawasan itu untuk menyambut ulang tahunnya yang ke-66, menurut Taman Arkeologi pada Sabtu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Madonna melawat tapak penggalian bandar Rom yang tertimbus di selatan Itali pada petang Jumaat.
Belanjawan tahunan untuk projek itu berjumlah €250,000 (US$275,000).
Pada malam ulang tahunnya, Madonna mula-mula diberikan lawatan oleh pengarah Jerman tapak arkeologi itu, Gabriel Zuchtriegel. Bandar itu tertimbus akibat letusan Gunung Vesuvius pada 79 Masihi.
Kemudian, beliau bertemu dengan kumpulan projek Sogno di Volare ("I Dream of Flying"), yang membuat persembahan drama klasik di Teatro Grande di Pompeii.
Sogno di Volare disokong oleh Taman Arkeologi kerana ia berusaha untuk melibatkan penduduk tempatan dalam kehidupan budaya tapak UNESCO berkenaan.
Projek ini bertujuan untuk melibatkan, menyokong dan mempromosikan belia dari kawasan itu dan sekitar Pompeii di wilayah Campania di selatan Itali, yang bergelut dengan kadar keciciran sekolah yang agak tinggi, pengangguran belia dan penghijrahan.
Madonna berada di Itali selama seminggu, bermula dengan perjalanan ke Portofino sebagai tetamu pereka Domenico Dolce dan Stefano Gabbana dari label Dolce & Gabbana.
Madonna yang nenek moyangnya berasal dari wilayah Adriatik di Abruzzo dan berhijrah ke AS, sering bercuti di Itali.
- Bernama
RM12.50 / bulan
- Akses tanpa had kepada kewartawanan yang memenangi anugerah
- Berikan komen dan kongsi pendapat anda tentang semua artikel kami
- Hadiahkan cerita-cerita menarik kepada rakan-rakan anda
- Potongan cukai