Skip to main
Logo Malaysiakini

J-Lo failkan perceraian di mahkamah

Artikel ini sudah 2 bulan diterbitkan

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi dan pelakon Hollywood, Jennifer Lopez, memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga aktor terkenal, Ben Affleck.

Permohonan cerai itu itu difailkan di Mahkamah Tinggi Los Angeles semalam.

Walaupun Jennifer memfailkan perceraian pada 20 Ogos lalu - iaitu empat hari sesudah ulang tahun tarikh kedua perkahwinan mereka - penyanyi Let's Get Loud itu menyatakan mereka berpisah sejak 26 April tahun ini.

Sebelum ini khabar angin bertiup mengenai keretakan rumah tangga pasangan terbabit - yang juga dikenali dengan gelaran Bennifer oleh akhbar tabloid - dan isu berkenaan menjadi bualan hangat dalam kalangan peminat.

Jennifer dan Ben mendirikan rumah tangga pada 2022 selepas setahun kembali bercinta.

Pasangan itu asalnya menjalin hubungan cinta pada 2000 dan membatalkan perkahwinan pada 2003.

Itu adalah perkahwinan keempat untuk Jennifer manakala yang kedua buat Ben.

Jennifer sebelum itu mendirikan rumah tangga dengan penyanyi terkenal, Marc Anthony, dan dikurniakan anak kembar, Max dan Emme yang kini berusia 16 tahun.

Ben yang juga pelakon The Accountant dan Batman v Superman: Dawn of Justice itu pernah berkahwin dengan aktres Jennifer Garner dan dikurniakan tiga orang anak, Violet, 18, Seraphina, 15, serta Samuel, 12.